Menarik hari ini

Jam Teratak Sunyi

The Funeral Of Hearts

Labels

merapu (22) Renungan (9) 18SX (8) My Car (4) BLMclub (3) Lawak bodoh (3) Lyric (3) Awards (2) Tag dan Tag (2) Miss u (1) Poem (1) Vocation (1) gone (1) menakjubkan (1) suggestion (1)

Jom Sembang

Update List

Sambil-sambil bace sila la click iklan kat bawah nie yea...tq


Kawan-Kawan Teratak Sunyi

* Solat Selepas Haid (KESILAPAN WANITA)



SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..



Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

P/s : (Sumber dari teman-teman di facebook)

* Melancong sambil berprogram


As'salam semua....teratak mintak maaf sangat-sangat sebab teratak tak sempat nak update teratak sunyi neh....da makin sunyi teratak tengok....kesian tol kan...

Okeyh,sekarang nie sambil teratak finalist kan proposal Around The World in One Day teratak ambik keputusan untuk update la sikit Teratak Sunyi nie....



First teratak nak citer sikit pasal Program Around The world yang teratak join...program nie tahun lepas teratak sudah join...cume semesta lepas teratak buat proposal untuk pergi ke Jepun..dan syukur Alhamdulillah proposal teratak di terima..mesti korang nak tahu an proposal tentang ape yang teratak dan kawan-kawan teratak buat pergi ke Jepun tu kan....Tahun lepas teratak ade buat propsal untuk buat kajian pasal makanan dan budaya masyarakat di Jepun..dapat jugak teratak merasa pengalaman pergi ke Jepun..untuk kali nie teratak dan kawan-kawan teratak buat proposal untuk pergi ke London pula..yang nie teratak buat pasal "kebajikan pompuan" *tu hanye ringkasan..yg betoy2 hakcipta terpelihara* hebat tak tajuk tu??tapi teratak takut jagak proposal teratak nie kena reject..pape pun teratak harap tak kena reject lah...lau tak,tak dapat la teratak merasa pergi ke London..heheee..

Second teratak mahu citer pasal ape yang teratak telah buat minggu nie....

dua hari yang lepas teratak telah pergi jalan-jalan ke PortDickson bersama member teratak...yang nie teratak tak plan pun..sume last minit...nie pun sebab teratak rasa sangat stress denga kerja teratak yang sangat banyak...so,teratak pergi la melncong jap...tu pun kejap je..pergi pkul 3 petang,malam tu teratak terus balik..maklum la pada pada pagi ke esokkan tu teratak ade program pulak bersama ngan ahli club teratak..diorng plan untuk pergi berkhelah ke Sungai Lembing..Masa pergi ke PD tu okey lagi la sebab teratak jumpa jalan pergi...tapi masa balik teratak sesat..maklum la da lewat malam kan..jalan pun tak nampak pastu kabus lak punye la tebal..jerak penglihatan hanye 1 meter je...dasyat kan....

sekarang teratak nak share gambar teratak pergi berkhelah kat sungai Lembing tuh....hope korang sume enjoy la yea...^_^